Latest News

Wednesday, 14 January 2015

Masalah Air Di Padang Terap Dan Sik Berakhir -DSMM


Alor Setar - Masalah air yang membelenggu Daerah Padang Terap dan Sik akan berakhir apabila 3 projek bakal dilaksana untuk mengatasi masalah ini.

Menurut Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir, Kerajaan Pusat melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meluluskan peruntukan khas kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak RM26.5 juta bagi melaksanakan 3 projek pada tahun 2015.

Projek pertama ialah pemasangan paip utama dari Kolam Imbangan Kuala Nerang (1) ke tangki sedutan Padang Kerasak dengan peruntukan berjumlah RM10 juta. Ia membawa manfaat sebanyak 20'000 orang.

Projek kedua adalah pembinaan tangki sedutan dan rumah pam di Kampung Tengah dengan peruntukan sebanyak RM5 juta turut memberi manfaat kepada lebih 1209 orang.

Untuk projek ketiga pula, kerajaan akan menaiktaraf sistem agihan ke sempadan ( Gulau dan Belantik) ia melibatkan peruntukan sebanyak RM16 juta dan memberi manfaat kepada 7694 orang.

Kesemua projek ini memberi manfaat kepada 28.903 orang penduduk.

Menurut Dato' Seri Hj. Mukhriz lagi, ketiga-tiga projek ini akan dilaksanakan oleh KKLW pada 2015 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2015.

Projek ini diharap dapat mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk setempat dan sistem bekalan air khususnya di kawasan luar bandar yang terlibat.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Masalah Air Di Padang Terap Dan Sik Berakhir -DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top