Latest News

Friday, 27 February 2015

Balai Nobat Kayu Tinggalan Sejarah Kedah



Kenal dengan Balai Nobat? dan Alat permainan Nobat?

Alat permainan Nobat ada disimpan di balai ini. Megikut sejarah, alat-alat ini dihadiahkan oleh Sultan Mahmud, Sultan Melaka kepada Sultan Kedah.

Pada masa itu, Kedah di bawah naungan Sultan Melaka yang memerintah seluruh negeri di semenanjung Tanah Melayu.

Nobat dimainkan di dalam Balai ini kerana permainan Nobat ini bukan untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.

Ini Balai Nobat Lama versi ke 2 yang dibina pada zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajudin, menara ni setinggi empat tingkat.

Hanya diperbuat dari kayu dan zink.

Kemudian Sultan Abdul Hamid hadiahkan kat Madrasah Tok Janggut. Sekarang menara ni dah jadi menara azan. Lokasi dekat dengan Makam Di Raja Kedah di Langgar.

Jadi orang Langgaq .. kalau lalu kawasan ni..boleh la jenguk jenguk tinggalan sejarah lama kedah ni.

Sejarah lama tu..
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Balai Nobat Kayu Tinggalan Sejarah Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top