Latest News

Tuesday 17 March 2015

Bersatu Bersetia Berkhidmat - DS Mukhriz #KonvensyenUmnoKedah


Konvesyen UMNO Kedah berakhir ahad lalu,  Selepas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, membuat ucapan pengulungan penutup untuk mengakhiri Konvesyen yang dilangsungkan selama 2 hari ini.

Diakhir konvokesyen, semua Ketua Bahagian atau wakil, bersama-sama bergading-bahu untuk menunjukkan bahawa UMNO Kedah tetap utuh dan bersedia menghadapi apa saja rintangan yang mendatang.

Konvesyen ini juga dibuat secara berbeza dari konvesyen negeri lain, kerana ia meliputi ceramah khas dari SPRM dan pihak keselamatan.

Malah kerja bengkel berkumpulan juga wujud untuk menyelami suara hati orang cawangan, sayap parti dan tidak dilupa orang PDM yang kalah atau menang. Cara ini lebih mesra dan lebih terbuka untuk suara akar umbi, kerana boleh memberi pendapat.

Apa pun isu atau perkara yg dibincang oleh para perwakilan, akan diteliti sebelum dibentang pada akhir konvesyen. Jika ada isu yang patut dibawa ketengah, ianya akan dibincangkan didalam mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan datang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bersatu Bersetia Berkhidmat - DS Mukhriz #KonvensyenUmnoKedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top