Latest News

Monday 2 March 2015

Terima Kasih Polis Kedah - @MukhrizMahathir @PDRMsia

Majlis Jalinan Kasih Warga PDRM bersama Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir





Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir ke Majlis Jalinan Kasih Warga PDRM. Walaupun sibuk dengan tugas, tanpa berfikir panjang beliau terus menerima jemputan PDRM.

Ini kerana beliau mempunyai kisah peribadi yang mengenali pasukan keselamatan ini sejak dari kecil dan agak rapat dengan pasukan keselamatan kerana menjaga keluarganya apabila ayahanda beliau Tun Dr Mahathir melibatkan diri dengan bidang politik.

Pasukan Polis sangat profesional, Sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan keluarga beliau dan sanggup berkorban diri untuk pastikan keselamatan ayahanda dan keluarganya terjamin.
Malah bapa mertua beliau juga, merupakan seorang pasukan keselamatan, Sarjan Polis hutan di Simpang Renggam, Johor.

Hasrat Dato Seri datang ke majlis ini, bukan saja-saja untuk makan malam, tapi lebih kepada datang untuk memberi penghormatan, malah beliau 'tabik spring' kepada pasukan PDRM
Di samping itu sempat juga memberi nasihat kepada anggota polis supaya bertugas dengan baik dan sentiasa menjaga nama PDRM.

Dalam majlis tersebut, Dato Seri juga doakan supaya pihak polis bersedia dengan pihak lawan yang semakin canggih dan ancaman baru.Bersedia dengan aset yang baru, untuk hadapi musuh yang lebih canggih.

Tidak lupa dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih pada Polis Kedah, terutamanya Ketua Polis Kedah, kerana di bawah pimpinan beliau, PDRM Kedah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Beliau juga meluahkan perasaan beliau mengenai kumpulan 'IS' yang semakin menular dan berharap kerjasama dari semua pihak dapat membendung kumpulan jenayah antarabangsa tersebut.

Akhir kata MB berharap mesyuarat yang akan diadakan esok berjalan lancar dan mencapai matlamat.

Gambar-gambar menarik dimajlis tersebut,












  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terima Kasih Polis Kedah - @MukhrizMahathir @PDRMsia Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top