Latest News

Saturday 30 May 2015

Apa itu Terminal Perikanan Bersepadu #Kedah?


Dalam sidang media YAB Dato, Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan lawatan rasmi delegasi Kedah ke China dan Jepun, YAB menganggap lawatan itu sangat berjaya kerana beberapa persafahaman telah ditandatangai hasil dari lawatan tersebut.

Antara projek yang telah berjaya ditandatangani persefahaman adalah projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat dari China.

Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek KIFT telah ditandangi syarikat Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) yang berpangkalan di China dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang melibatkan pelaburan awal bernilai kira-kira RM1 bilion dan menyasarkan pendaratan ikan sebanyak satu juta tan setahun.

Kawasan Tebengau berhampiran Kuala Kedah telah dicadangkan menjadi tempat untuk dibangunkan projek KIFT.

Kerajaan Negeri Kedah berharap projek ini (KIFT) akan menjadi satu lagi sumber pendapatan bagi Kerajaan Negeri dan warga Kedah sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan industri perikanan itu sendiri.



Dalam sidang media YAB Dato, Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berkenaan lawatan rasmi delegasi Kedah ke China dan Jepun, YAB menganggap lawatan itu sangat berjaya kerana beberapa persafahaman telah ditandatangai hasil dari lawatan tersebut.Antara projek yang telah berjaya ditandatangani persefahaman adalah projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang akan dilaksanakan dengan kerjasama sebuah syarikat dari China.Memorandum Persefahaman (MoU) bagi projek KIFT telah ditandangi syarikat Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) yang berpangkalan di China dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang melibatkan pelaburan awal bernilai kira-kira RM1 bilion dan menyasarkan pendaratan ikan sebanyak satu juta tan setahun.Kawasan Tebengau berhampiran Kuala Kedah telah dicadangkan menjadi tempat untuk dibangunkan projek KIFT.Kerajaan Negeri Kedah berharap projek ini (KIFT) akan menjadi satu lagi sumber pendapatan bagi Kerajaan Negeri dan warga Kedah sambil menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan industri perikanan itu sendiri.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, May 29, 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Apa itu Terminal Perikanan Bersepadu #Kedah? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top