Latest News

Thursday 7 May 2015

Genap 2 Tahun Mukhriz Menjadi Menteri Besar Kedah


Hari ini genap 2 tahun Barisan Nasional Kedah memerintah semula Kedah setelah menang dalam Pilihanraya Umum Mei 2013 lalu.

Pada tarikh 06 Mei 2013, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir telah memulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah Darulaman.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru di hadapan empat anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Beliau yang juga anggota dewan undangan negeri Ayer Hitam menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas) sebagai menteri besar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dengan memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun.

Ketika berada di pejabatnya waktu itu , beliau sempat berseloroh: “Sekarang kosong saja atas meja, tengok dua minggu lagi tinggi dengan fail nanti”.

Dato Seri Mukhriz adalah bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Baharu, memiliki ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Sophia University, Jepun pada 1982 dan bidang International Marketing di Boston Unversity pada 1987.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau memenangi kerusi parlimen Jerlun dan pada 2009 dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Pada awal 2011, beliau dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah dan timbalan pengerusi BN Kedah.

Beliau memenangi kerusi Dun Ayer Hitam setelah menewaskan calon Abd Ghani Ahmad daripada Pas dengan majoriti 2,446 undi.

06 Mei 2015


Hari ini satu majlis bacaan yassin dan doa selamat diadakan di kediaman rasmi beliau di Seri Mentaloon dengan dihadiri oleh beberapa orang exco dan pemimpin kerajaan negeri Kedah dan juga pekerja-pekerja di Pejabat Menteri Besar.

Semoga Dato Seri Mukhriz dan barisan kepimpinan kerajaan mampu membawa Kedah maju kehadapan dan tenang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

#MMFC #KedahAmanMakmur #MBKedah #2Tahun
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Genap 2 Tahun Mukhriz Menjadi Menteri Besar Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top