Latest News

Thursday 14 May 2015

Kerajaan Peruntuk RM40 Juta Naik Taraf Pasar Nelayan



Alor Setar : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM40 juta untuk membina semula dan menaik taraf kira-kira 200 pasar nelayan di seluruh negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, sebanyak 48 pasar nelayan sudah siap dibina semula dan dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan bagi memudahkan nelayan menjalankan perniagaan.

"Kira-kira 50 buah lagi sedang dibina semula dan dinaik taraf...ia dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita semasa tinjauan di Pasar Nelayan Kampung Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah hari ini.

Pembinaan semula dan menaik taraf itu, yang dianggarkan RM200,000 setiap satu, bertujuan memudahkan nelayan menjual hasil tangkapan mereka tanpa orang tengah.

"Pasar nelayan yang lebih selesa mampu meningkatkan pendapatan kepada nelayan kerana mereka tidak perlu menjual kepada orang tengah seperti sebelum ini," katanya.

Ismail Sabri berkata kementerian juga akan menaik taraf beberapa kemudahan lain seperti meja jualan ikan, lantai pasar dan laluan di Pasar Nelayan Kampung Nelayan Seberang Kota.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Peruntuk RM40 Juta Naik Taraf Pasar Nelayan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top