Latest News

Thursday 28 May 2015

MB Kedah Jawab Dakwaan Kononnya 6 Projek Ikonik Kedah Gagal Selepas Tiada Dalam RMK 11


Dalam sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri semalam,YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya 6 projek Ikonik Kedah gagal kerana tidak dimasukkan didalam RMK 11.

Untuk pengetahuan pihak berkenaan, sewaktu pembentangan 6 projek utama ikonik Kedah di Sidang Dun. MB mengatakan, beliau tak pernah mendakwaan semua projek ini bergantung kepada RMK 11 (Kerajaan Persekutuan).

Beliau menambah lagi,

"Sekiranya Kerajaan Persekutuan ada masalah kewangan, sila jangan menolak cadangan kami. Kerana kita ada opsyen yang lain boleh kita pilih. Kerajaan Kedah tidaklah bergantung harap Kerajaan Persekutuan menanggung sepenuhnya, walaupun Kedah sangat mengalukan bantuan dari Kerajaan Pusat, termasuk didalam RMK 11".
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Pihak kerajaan Negeri Kedah boleh mengunakan kaedah pelaburan bersama pihak luar untuk membangunkan projek-projek yang dirancang tersebut, kerajasama dengan pihak luar seperti dari China, Jepun, Korea serta lain-lain negara yang berpotensi boleh membangunkan projek-projek tersebut dan membuka peluang niaga sampingan serta peluang kerja kepada rakyat negeri Kedah Darul Aman.

    Tahniah Datuk Seri Mukhriz, wawasan Datuk Seri, insya Allah akan membawa Kedah mencapai status negeri maju menjelang tahun 2020 dengan pembangunan infrastruktur dan prasarana yang moden untuk kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete

Item Reviewed: MB Kedah Jawab Dakwaan Kononnya 6 Projek Ikonik Kedah Gagal Selepas Tiada Dalam RMK 11 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top