Latest News

Wednesday 13 May 2015

Poster Denda Jika Tak Solat Jumaat di #Kedah #HanyaDiKedah


Bermula 1 Jun 2015  umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, menurut Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

"Kita tidak mengeluarkan saman secara membuta. Kita akan bertindak mengikut aduan yang dilaporkan orang awam terutama sekali yang tinggal dalam kariah sendiri.

"Sekiranya pesalah gagal memberi kerjasama, kita akan memohon waran tangkap daripada Hakim Mahkamah Syariah," kata Syeikh Ahmad Fisol pada sidang media di pejabatnya di Alor Setar, Isnin.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kehadiran lelaki Islam di tempat-tempat awam di negeri ini ketika waktu solat Jumaat, dan berharap undang-undang itu dapat membendung perbuatan meninggalkan solat Jumaat.

Perkara Seksyen 13 berkenaan kegagalan menunaikan solat Jumaat itu termaktub dalam Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014, yang diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri tahun lepas.

Penguatkuasaan sepatutnya bermula 1 Feb lepas tetapi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK akan hanya mula menguatkuasakan secara sepenuhnya 1 Jun ini.

Syeikh Ahmad Fisol berkata JAIK mengadakan jelajah di 12 daerah di negeri ini untuk memberi penerangan kepada pihak yang boleh membantu menguatkuasakan undang-undang itu.

"Poster dan pekeliling tentang undang-undang itu juga diedarkan kepada 568 masjid seluruh Kedah," katanya.

Beliau berkata orang awam boleh mendapatkan borang aduan ketidakhadiran solat Jumaat itu di pejabat-pejabat agama daerah dan maklumat pelapor akan dirahsiakan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Poster Denda Jika Tak Solat Jumaat di #Kedah #HanyaDiKedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top