Latest News

Friday 15 May 2015

Remaja Perempuan 13 Tahun Korban Terbaharu Demam Denggi Di Kedah



ALOR SETAR - Satu lagi kematian akibat demam denggi dilaporkan membabitkan remaja perempuan berumur 13 tahun di Kuala Muda pada 2 Mei lepas, kata Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.

Beliau berkata remaja itu, yang meninggal dunia kira-kira 7 malam, mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan, Hospital Sultan Abdul Halim pada 27 April lepas sebelum dimasukkan ke wad.

"Namun, pada 1 Mei mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia pada 2 Mei," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norhizan berkata ini menjadikan jumlah korban demam denggi di negeri ini sehingga 9 Mei lepas ialah dua orang, dengan kematian pertama pada 1 April lepas.

Dalam pada itu, Kedah mencatatkan peningkatan 28.6 peratus kes demam denggi iaitu sebanyak 328 kes bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berbanding 255 kes pada tempoh sama tahun lepas. Daerah Kubang Pasu mencatatkan 27 kes, Kota Setar (63), Padang Terap (10), Baling (27), Kulim (79), Bandar Baharu (6), Pendang (5), Yan (17), Langkawi (1), Kuala Muda (87) dan Sik sebanyak 6 kes.

Norhizan berkata pihaknya melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan dengan melakukan pemeriksaan pembiakan aedes di 135,532 premis.

Hasil pemeriksaan mendapati 2,358 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik dan pihaknya mengeluarkan 963 kompaun berjumlah RM451,200.

Jabatan Kesihatan negeri juga melakukan semburan untuk membunuh nyamuk aedes di 178,430 premis dan 81,277 premis pula diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Remaja Perempuan 13 Tahun Korban Terbaharu Demam Denggi Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top