Latest News

Sunday 24 May 2015

Video Mukhriz Persekutuan Pertimbang Laksana Airport Kulim #KXP


Jerlun, 23 Mei : Kerajaan Kedah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan pembinaan dua buah hospital daerah di Baling dan Pendang serta kelulusan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara di Sik dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata Kedah amat berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan serius terhadap permohonan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ( KXP) yang dijangka memberi impak positif kepada wilayah utara secara keseluruhan.




Kedah Masih Berharap Persekutuan Laksana Lapangan KXP
Kerajaan Kedah masih berharap Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim didalam Rancangan Malaysia Ke 11.Kerana projek itu bakal mengubah dasar ekonomi Kedah dan menjadi buah permulaan bagi Kedah bersaing maju dengan negeri-negeri lain.#AirportKulim #KXP #Kedah
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, May 23, 2015



Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.

Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Mukhriz Persekutuan Pertimbang Laksana Airport Kulim #KXP Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top