Latest News

Monday 1 June 2015

Harga Petrol, Diesel Naik


Harga runcit petrol dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasminya, harga runcit baharu bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter, dan diesel RM2.05 seliter.

Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei.

Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan adalah pada bulan Mac.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Tahniah kerajaan..makin bahagialah kehidupan rakyat malaysia. Duit petrol kutip dr rakyat..duit 1MDB free je bg orang..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Harga Petrol, Diesel Naik Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top