Latest News

Thursday 25 June 2015

Kerajaan Kedah Sasar Anak Jati Kembali Berkerja Di Kedah


Kerajaan Kedah berusaha untuk membangunkan industri berteknologi tinggi dan menjadi fokus utama dalam merancakkan ekonomi Kedah dan memerlukan tenaga mahir.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan lebih ramai anak jati Kedah dapat kembali berkerja di Kedah selaras dengan pertumbuhan pesat industri itu.

Menurutnya , jika ini dapat dipenuhi maka kita dapat bersama-sama memperkasa ekonomi Kedah supaya tidak lagi dikenali sebagai negeri kurang maju.

"Tujuan utama kita adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak Kedah, maka saya harap adik-adik (mahasiswa) dapat membuat persiapan untuk mengejar peluang pekerjaan yang kita sediakan.

Beliau berucap dihadapan mahasiswa kelahiran Kedah di Shah Alam semalam, hampir 500 wakil mahasiswa kelahiran Kedah daripada pelbagai institusi pengajian tinggi hadir untuk mengambil peluang berbuka puasa bersama menteri besar berkenaan.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, pihaknya menyasarkan 7,000 peluang pekerjaan baharu dapat ditawarkan di Kedah dan keperluan itu mungkin bertambah mengikut perubahan semasa.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 12,000 mahasiswa kelahiran Kedah yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Klang dan pertemuan hari ini dilihat dapat memberi pendedahan berhubung peluang pekerjaan yang disediakan di negeri itu.

Tambahnya, pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim adalah bukti kejayaan apabila 22,000 peluang pekerjaan pelbagai kemahiran dapat ditawarkan dengan purata gaji sebanyak RM6,000.

"Banyak lagi perancangan bidang industri sedang kita rangka dan gerakkan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Kedah berdaya saing dan dengan ini, mahasiswa sekarang dapat jangka bidang mana yang boleh mereka ceburi," katanya.

Dato' Seri Mukhriz turut memberi jaminan kepada golongan muda khususnya anak jati Kedah bahawa negeri itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan pada masa depan, setanding dengan negeri maju lain
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Sgt bersetuju dgn insiatif krjaan ngeri untuk bri peluang ank kedah berbakti kpd ngri sndri..sy sgt bhrp jga dpt blk bkhdmat di kedah mudah mdhan

    ReplyDelete

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Sasar Anak Jati Kembali Berkerja Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top