Latest News

Thursday, 9 July 2015

4 Projek BDB Langkawi Miliki GDV RM1.5 Bilion




Empat projek Bina Darulaman Bhd di Langkawi bagi tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang akan membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.5 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Izham Yusoff berkata projek itu termasuk sebuah pembangunan bercampur di Pekan, Projek Eko Pelancongan dan usaha menaik taraf jeti Kuah yang dijangka bermula tahun depan.

"Kami masih dalam proses membincangkan projek naik taraf jeti berkenaan dengan pihak Majlis Perbandaran Langkawi selaku pemiliknya.

"Kami akan mewujudkan satu usaha sama (JV) dengan pihak majlis untuk meningkatkan aspek kemudahannya, termasuk ruang letak kereta sehinggalah aspek bangunan bertingkat dan pembinaan hotel," katanya dalam satu taklimat media di sini, hari ini.

Mengulas tumpuan syarikat bagi tempoh dua tahun akan datang, Izham berkata Bina Darulaman akan cuba untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, khususnya di Kedah.

"Projek kami yang baharu dilancarkan iaitu Taman Tunku Intan Safinaz di Jitra, telah menerima tempahan sebanyak 70 peratus setakat ini yang jelas mencerminkan permintaan tinggi pada masa sekarang," katanya.

Bagi perkembangan perniagaan pembinaan, beliau berkata, syarikat itu menerusi anak syarikatnya, BDB Synergy, ketika ini memberi tumpuan terhadap usaha membida projek perumahan mampu milik kerajaan.

"Kami bekerjasama dengan agensi seperti Perbadanan PR1MA Malaysia dan Syarikat Perumahan Negara Bhd dan berharap dapat memperolehi beberapa projek menjelang akhir tahun ini," katanya.

Simpanan tanah Bina Darulaman ketika ini adalah kira-kira 809.37 hektar dan syarikat itu bersikap terbuka sama ada untuk membeli tanah baharu atau menjalin JV dengan pemilik tanah dalam usaha meingkatkan keluasan aset tanahnya.

"Strategi saya, apabila pasaran lemah sudah pasti ada tanah yang berpotensi untuk dimiliki yang ada nilai serta boleh dibangunkan apabila tiba masanya.

"Namun, jika ada peluang tawaran seperti JV misalnya, ia hanya mempercepatkan lagi usaha kami," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 4 Projek BDB Langkawi Miliki GDV RM1.5 Bilion Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top