Anggota Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim berkata 350 anak yatim yang terpilih dari Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Pendang dan Padang Terap menerima sumbangan tersebut.
Pada majlis berkenaan, Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian hari raya, bungkusan buah kurma, hamper serta duit raya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia negeri Datuk Norsabrina Mohd Noor, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar Datuk Mat Noh Ahmad.
Pada majlis tersebut, TH Hotel turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada YAYSH.
Muhammad Syafiq Zainuddin, 17, yang kehilangan ayah pada 2012 akibat penyakit jantung berkata dia dan tiga lagi adiknya Nur Aimi Nazihah, 15, Muhammad Syauqi, 9, dan Muhammad Farish Daniel, 6, gembira menerima sumbangan itu daripada Raja Permaisuri Agong.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment