Alor Setar 6 Julai - Banjir besar yang berlaku diseluruh negara pada November dan Disember 2014, Kedah juga tidak terlepas daripada dilanda banjir. Kemusnahan akibat banjir menjejaskan sektor pertanian seperti sawah padi , buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.
Kerajaan Persekutuan seperti lazimnya melaui agensi seperti MADA telah menghulurkan bantuan Wang Ehsan bagi menampung kerugian petani-petani, setelah di teliti mengenai kewajaran penerima dan berapa bantuan yang harus diterima oleh petani, Kerajaan telah menyerahkan wang Ehsan ini kepada 2966 penerima yang kebanyakan dari kawasan MADA dan jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM 3,460,975.99.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, penerima sumbangan ini terdiri daripada beberapa sektor pertanian seperti penerima sektor padi berjumlah 2948 dengan bantuan sebanyak RM 3,444,503,49 , sektor buah-buahan dan sayur seramai 9 orang dan bantuan berjumlah RM 9,870.00. Bagi sektor akuakultur pula , seramai 8 orang penerima dengan bantuan berjumlah RM 6,102.50 dan sektor ternakan, seramai seorang penerima dengan bantuan berjumlah RM 500.00.
" Ini satu pendekatan yang unik dimbil oleh Kerajaan Malaysia bagi meringankan beban mangsa bencana dalam sektor pertanian dan ini tidak berlaku di kebanyakkan negara luar dan ia membuktikan keperihatinan Barisan Nasional tidak kira di waktu senang atau susah". Katanya
Dalam majlis ini, lebih 1500 penerima bantuan hadir dan turut dihadiri YB Dato Suraya Yaacob, selaku Exco Kerajaan Negeri Kedah yang menjaga sektor pertanian negeri.
0 comments:
Post a Comment