Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah menjadi tetamu istimewa Majlis Iftar Ramadhan Sentuhan Kasih BIDARA 2015 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon.
Majlis memotong kek sempena hari lahir ke 90 dan 89 tahun buat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah dibuat semasa majlis moreh selepas solat tarawih.
Sebelum itu, majlis iftar ramadhan BIDARA 2015 turut memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sekitar negeri Kedah yang disampaikan oleh Pengerusi BIDARA, Tok Puan Norzieta Zakaria dan Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah seperti YB Dato Suraya Yaacob, YB Dato Mohd Rawi , YB Dato' Norsabrina Mohd Noor, YB Aminuddin, YB Dato Ku Abd Rahman, YB Dato Badrol Hisham serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato Paduka Md Rozai Shafian.
Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz bersama hadirin turut menunaikan solat isyak dan tarawih serta moreh disana.
Tun Dr Mahathir sempat mengusik Tun Siti semasa menyuap pulut kuning untuk isterinya.
0 comments:
Post a Comment