Latest News

Tuesday 11 August 2015

Kerajaan Negeri Beri Insentif Kepada Atlet Kedah Sumbang Pingat Sukan SEA


Atlet Kelahiran Kedah yang menyumbangkan pingat semasa mewakili Malaysia dalam kejohanan temasya sukan SEA ke 28 di Singapura Jun lepas semalam mendapat ganjaran daripada kerajaan negeri Kedah.

Seramai 19 atlet kelahiran Kedah telah berjaya menyumbangkan pingat buat negara semasa temasya Sukan SEA itu. Kerajaan negeri telah memperuntukan RM56,000 kepada mereka semua berdasarkan jumlah pingat

Atlet Kedah telah berjaya menyumbang enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa dalam 12 jenis sukan.

Jenis sukan tersebut ialah acara perahu layar, badminton, bola jaring, hoki, pencak silat, sepak takraw, boling, memanah, taekwondo, ragbi, menembak dan ping pong.

Pemenang pingat emas menerima insentif sebanyak RM3,000, gangsa (RM2,000) dan RM1,000 untuk pingat gangsa yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada majlis sambutan Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Kedah semalam.

Pelayar muda negara, Mohd Fauzi Kaman Shah menerima insentif sebanyak RM6,000 atas pencapaian dua pingat emas dalam kategori optimis individu dan berpasukan.

"Ini merupakan kali kedua saya menyertai Sukan SEA dan tidak menyangka akan mendapat ganjaran atas kejayaan saya. Saya juga gembira kerana sasaran untuk dua pingat emas pada Sukan SEA Singapura tercapai memandangkan saya hanya memperolehi pingat gangsa pada edisi 2013," katanya.

Sementara itu, pemain badminton negara, Chong Wei Feng, yang merangkul emas acara perseorangan lelaki, berkata beliau tidak menjangka akan menerima ganjaran daripada kerajaan negeri.

"Saya gembira dengan penghargaan ini dan akan menjadikan ia sebagai dorongan untuk terus memburu kejayaan," katanya yang bakal menyertai Kejohanan Terbuka Vietnam, bermula 24 Ogos ini.

Menurutnya, beliau akan cuba mengumpul mata pada kejohanan itu untuk layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Pemain berusia 28 tahun dari Sungai Petani itu berkata beliau kini menghuni ranking ke-37 dunia dan perlu memburu tempat dalam kelompok 16 terbaik sekiranya mahu menyertai Sukan Olimpik.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Negeri Beri Insentif Kepada Atlet Kedah Sumbang Pingat Sukan SEA Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top