Latest News

Wednesday 26 August 2015

PERTANDINGAN GAMBAR SELFIE INSTAGRAM ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015 N.KEDAH



PENGENALAN

Perbadanan Menteri Besar Kedah akan mengadakan PERTANDINGAN GAMBAR SELFIE INSTAGRAM ‘SEHATI SEJIWA’ sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, dimohon semua pihak menghebahkan perkara ini kepada semua staff jabatan dan orang awam seperti butiran berikut:-

PERKARA : PERTANDINGAN GAMBAR SELFIE INSTAGRAM ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

TEMPOH PERTANDINGAN : 25 OGOS 2015 HINGGA 12 SEPTEMBER 2015

TEMA : SEHATI SEJIWA

Pertandingan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dan penyertaan adalah

PERCUMA. Pemenang akan ditentukan oleh juri professional. Pemenang pertandingan Gambar Selfie Instagram masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai. Tempat pertama RM700.00, tempat kedua RM500.00 dan tempat ketiga RM300.00 serta 5 hadiah saguhati sebanyak RM100.00.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

• Memaparkan gelagat rakyat negeri Kedah menyambut hari kemerdekaan;

• Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media sosial;

• Menonjolkan gambaran semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat di peringkat

kampung-kampung dan taman-taman perumahan serta bandar.

• Mempamerkan secara visual (cetakan atau skrin) kepada rakyat Kedah tentang

gambaran sambutan kemerdekaan mengikut cara tersendiri.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Negeri Kedah;

2. Penyertaan adalah PERCUMA;

3. Gambar yang dihantar mestilah yang asli dan belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan dan penerbitan dan dimuatnaik mulai 25 Ogos sehingga 12 September 2015;

4. Tema pertandingan ini ialah “SEHATI SEJIWA”.

5. Konsep gambar perlu berunsurkan semangat patriotik dan memaparkan gelagat peserta pertandingan ini menyambut kemerdekaan serta setiap hasil berkenaan mempunyai jalur gemilang. Gambar berunsur negatif atau memberi gambaran yang tidak baik adalah tidak akan dipertimbangkan untuk pertandingan ini.

6. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri oleh peserta.

7. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis iPhone/iPad (OS) atau sebarang peralatan yang menggunakan sistem ANDROID.

8. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening

dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi instagram adalah

dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick

photographs, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;

9. Peserta boleh menghantar seberapa banyak gambar tetapi peserta hanya

layak memenangi 1 hadiah sahaja.

10. Pihak penganjur Perbadanan Menteri Besar Kedah(PMB Kedah) mempunyai hak milik ke atas gambar pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta.

11. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada hari yang akan ditentukan oleh pihak penganjur.

12. Setiap peserta dikehendaki follow dan tag gambar tersebut kepada Instagram (@pmbkedahinfo).

13. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-

- Nama peserta

- Lokasi gambar

- Caption (sendiri)

- #sehatisejiwa , #kedahmerdeka, #kedahamanmakmur, #pmbkedah dan #kedahseratarata

KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional ;

2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan

seperti yang digariskan.

3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar adalah lebih tertumpu

pada ’Tema’ dan ’Daya Kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam gambar dan secara profesional.

4. Namun demikian, kualiti gambar juga akan diambil kira dalam pemberian markah. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia melalui saluran media sosial Instagram.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:-

1. Facebook (fan page) : Perbadanan Menteri Besar Kedah

2. Email : pmbkedahinfo@gmail.com

3. Penyelaras :En. Mohamad Amin Abd Rani ditalian 019-4722003 atau En. Tarmizi Hassan ditalian 019-4422283.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PERTANDINGAN GAMBAR SELFIE INSTAGRAM ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015 N.KEDAH Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top