Latest News

Friday 11 September 2015

20 Lagi Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia di Kebumikan


08 September lalu, 20 lagi jenazah mangsa pemerdagangan Manusia yang di temui di Wang Kelian Perlis di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena.

Jenazah yang dikebumikan dalam fasa kelima ini terdiri dari 14 lelaki, dua perempuan dan 4 lagi tidak dapat dipastikan jantina.

Menurut Datuk Zahari Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIk) sehingga hari ini, seramai 119 jenazah telah selamat dikebumikan.

Untuk 20 jenazah ini, ia dimulakan jam 12 tengah hari dan berakhir jam 2 petang, jenazah dikendalikan oleh pihak PDRM,JAIK dan Jabatan Kerja Raya serta dibantu oleh beberapa penduduk setempat.

Mei lalu, negara di gemparkan dengan penemuan kubur besar mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian Perlis dan seramai 106 jenazah dipercayai etnik Rohingya.

Kerajaan Kedah melalui Menteri Besar Dato Seri Mukhriz telah berbesar hati menyediakan satu kawasan perkuburan di Pokok Sena bagi menyempurnakan jenazah-jenazah ini.

Setelah proses bedah siasat selesai kesemua jenazah ini dikebumikan pada fasa pertama sehingga fasa kelima ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 20 Lagi Jenazah Mangsa Pemerdagangan Manusia di Kebumikan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top