Latest News

Monday 21 September 2015

Bekas Mufti Negeri Kedah Meninggal Dunia


Bekas Mufti Negeri Kedah, Tan Sri Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, 92, meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah di sini Isnin.

Allahyarham merupakan Anggota Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau meninggalkan isteri Puan Sri Khatijah Ahmad, 87, sembilan orang anak, 40 orang cucu dan 20 orang cicit.

"Kami sekeluarga terkejut dengan pemergiannya kerana beliau masih kuat dan masih boleh menghadiri mesyuarat. Bagaimanapun kami reda," kata anak ketujuh Allahyarham, Nabil, 54, kepada pemberita di Kampung Seberang Pantai Johor dekat sini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor selepas solat Asar.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bekas Mufti Negeri Kedah Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top