Latest News

Saturday 3 October 2015

6 Pemain Muda Kedah Bakal Berguru Di Cardiff City


Selepas perlawanan semalam, wakil khas Presiden KFA, YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir iaitu En. Anas Hafiz Mustafa dan Setiausaha Kehormat KFA, YB En. Aminuddin Omar menyampaikan cenderahati khas berupa pakaian dari Cardiff City FC untuk 2 pemain muda Kedah, Osman Yusoff dan Syazuan Hazani yang pernah berguru selama sebulan di akademi Cardiff City FC awal tahun ini. Kejayaan pemain muda ini beraksi dengan pasukan utama Kedah turut dipuji kelab akademi Cardiff City FC dan berbangga dengan kemajuan mereka setakat ini.

Hujung tahun ini 6 pemain muda Kedah akan dipilih untuk berguru di Akademi Cardiff City FC selama 2 bulan dan kerjasama ini telah dipersetujui oleh KFA dan Cardiff City FC dalam lawatan En. Anas Hafiz Mustafa baru-baru ini di Cardiff.

Selamat Maju Jaya Osman dan Syazuan!


Kredit Media KFA



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 Pemain Muda Kedah Bakal Berguru Di Cardiff City Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top