Latest News

Sunday 11 October 2015

Bahasa Melayu Itu - Mukhriz Mahathir



Deklamasi sajak oleh YAB MB Kedah

Bahasa Melayu Itu

Bahasa Melayu Itu mesti dihormati
Mesti disayangi, dan
Mesti dihayati selalu
Tanpa ragu mahupun segan silu
Kerana bahasa Melayu Itu
Bahasa kebangsaan kita
Bahasa rasmi kita, dan
Bahasa penyatu kita warga Malaysia

Bahasa Melayu itu
Harus dimartabatkan
Harus diamalkan, dan
Harus dimasyarakatkan
Tanpa prejudis mahupun syak wasangka
Kerana bahasa Melayu itu
Bahasa pendidikan bangsa
Bahasa persuratan bangsa, dan bahasa pembinaan Negara bangsa Malaysia

Ayuh, sekalian warganegara Malaysia
Yang dikota mahupun didesa
Yang berkuasa mahupun rakyat jelata
Yang berpangkat mahupun orang biasa
Kita seia sekata
Senada seirama
Sehati sejiwa
Memperkasa bahasa kebangsaan kita
Demi Malaysia yang tercinta


Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir

- Karnival Bahasa Jiwa Bangsa ,Peringkat Kebangsaan
Alor Setar
10 Oktober 2015 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bahasa Melayu Itu - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top