Latest News

Sunday 18 October 2015

Promosikan Alor Setar Sebagai Destinasi Pelancongan


Alor Setar - Alor Setar Arts dan Culture Festival 2015 anjuran Tourism Malaysia Kedah dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dilihat mampu mempromosikan Alor Setar sebagai Bandaraya Warisan Dan Kebudayaan.

Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman berkata, festival berkenaan dilaksanakan dalam usaha mempromosi tempat-tempat menarik dalam Bandaraya Alor Setar kepada orang ramai termasuk pelancong tempatan dan luar negara.

" Melalui program ini, ia dijangka menarik minat pelancong untuk bermalam di Bandaraya Alor Setar bagi menyaksikan aneka acara yang berlansung dalam festival itu. Aktiviti menarik tidak tertumpu di satu lokasi semata-mata, sebaliknya ia dilakukan dilokasi berlainan sekitar Bandaraya Alor Setar bagi menghidupkan kawasa berkenaan," ujarnya.

Roslan memberitahu, masyarakat pastinya memberi perhatian terhadap lokasi-lokasi menarik yang terlibat, lagi pun Bandaraya Alor Setar bukan hanya kaya dengan bangunan warisan, sebaliknya masing-masing memiliki sejarah tersendiri.

Tambahnya, program sedemikian diadakan dalam usaha untuk menyambut ketibaan tahun melawat Negeri Kedah 2016 tidak lama lagi. Dengan ini, ia diharap mampu menarik pelancong ke Bandaraya Alor Setar malah tidak bercuti di Pulau Langkawi semata-mata.

"Ada 23 aktiviti menarik dalam festival selama dua minggu bermula 15 September 2015 dalam usaha mempromosi Discover Kedah 2016. Antaranya ialah pameran bunga tecoma, up-town market, pameran kaligrafi Cina, Alor Setar Street Food Festival, Busker dan pertandingan suara burung," jelasnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya, YB Dato' Mohd Rawi Abd Hamid.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Promosikan Alor Setar Sebagai Destinasi Pelancongan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top