Selain itu, Kerajaan juga tetap komited meneruskan peranan Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) dengan pemberian tahunan sebanyak RM1.5 juta bagi memainkan peranan melalui pelbagai program bimbingan untuk melahirkan usahawan baharu yang berdaya saing.
Kerajaan sedar hasil negeri turut disumbangkan melalui hasil hutan. Sehubungan itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.0 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri. Daripada jumlah itu, agihan sebanyak RM2.74 juta adalah bagi pengurusan sumber hutan.
Manakala sebanyak RM1.0 juta disediakan bagi tujuan pembangunan hutan lipur sebagai sebahagian daripada Taman Negeri. Kekayaan flora dan fauna hutan tropika di negeri Kedah telah menjadi daya tarikan kepada ramai pengunjung.
0 comments:
Post a Comment