Peruntukan sebanyak RM9.1 juta telah disediakan bagi memperkemas pelbagai projek pelancongan pada tahun 2016. Tahun Jelajah Kedah 2016 mensasarkan 1.5 juta pelancong ke tanah besar Kedah dan 3.5 juta pelancong ke Pulau Langkawi.
Kerajaan berharap industri pelancongan di negeri Kedah dapat dirancakkan lagi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Sebagai modal permulaan, RM1.0 juta telah diperuntukkan untuk agensi promosi pelancongan yang baharu iaitu Kedah Tourism Sdn Bhd. RM2.0 juta pula diperuntukkan untuk kerja-kerja pengiklanan yang telah dimulakan pada tahun ini.
0 comments:
Post a Comment