Latest News

Monday 2 November 2015

DS Mukhriz Ambil Angin Di Air Terjun #MBMesraRakyat


lebih kurang jam 05:30 pagi , Menteri Besar Kedah , YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir dan barisan exco solat berjamaah di Masjib Kampung Setar Yan. 

Dato Seri Mukhriz ternyata gembira apabila peluang untuk rakyat berhubung terus dengan beliau menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Subuh berjamaah  mereka berjalan kaki melawat rumah orang-orang kampung di sekitar kawasan. 

Pastinya lokasi Kampung Setar menarik , apabila Dato Seri Mukhriz turut bersama melihat kawasan air terjun. 

Majlis perpisahan dengan keluarga angkat tepat jam 9.00 pagi dan mereka bertolak ke Pejabat Daerah Yan untuk mendengar taklimat dari pelbagai pihak mengenai Yan. Yan yang kaya dengan alam semulajadi yang menarik, bakal berubah wajah dengan pelbagai projek yang dirancang dan sudah dilaksanakan. 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DS Mukhriz Ambil Angin Di Air Terjun #MBMesraRakyat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top