Latest News

Thursday 5 November 2015

JZNK Agih Bantuan RM128.66 Juta Sejak Januari Hingga Oktober Tahun Ini



Jabatan Zakat Negeri Kedah telah mengagihkan bantuan sebanyak RM128.66 juta kepada golongan sasar sejak Januari hingga Oktober lepas.

Setiausahanya Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata bantuan tersebut meliputi 56 jenis bantuan seperti bantuan kepada fakir miskin dan guru agama, biasiswa, dermasiswa serta pembinaan masjid dan surau.

Beliau berkata sebanyak RM17.866 juta telah diagihkan kepada 29,778 orang dari kategori miskin tahunan manakala RM3.38 juta kepada 4,891 penerima kategori miskin bulanan.

"Kita juga telah beri bantuan pakaian kepada pelajar miskin di 414 sekolah dengan RM2.48 juta," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Awal Institut Pengajian Tinggi (IPT) hari ini.

Katanya sebanyak RM25.37 juta dermasiswa diagihkan kepada 21,613 pelajar IPT, RM2.44 juta kepada 489 pelajar agama di Mesir, RM3 juta kepada 4,726 guru agama kampung dan RM1.2 juta kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Syeikh Ghazali berkata sebanyak RM102 juta kutipan zakat berjaya dikumpulkan sejak Januari hingga Oktober lepas menerusi zakat perniagaan, padi, fitrah dan individu.

"Kita sasarkan sebanyak RM129 juta tahun ini dan kita seru kepada syarikat korporat, ahli perniagaan dan individu yang belum menunaikan zakat agar menyegerakan pembayaran zakat," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JZNK Agih Bantuan RM128.66 Juta Sejak Januari Hingga Oktober Tahun Ini Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top