Latest News

Thursday 10 December 2015

Badrol Bakhtiar Idam Kejayaan Kedah Era 2007, 2008


Badrol Bakhtiar mahu mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia pada tahun 2008.

Peluang ini bakal dikecapinya apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Badrol, 27, masih merupakan pemain junior ketika pertemuan 2008 itu.

"Saya akan manfaatkan pengalaman pada 2008 itu sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini. Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan 2008," katanya.

Beliau berkata Kedah musim ini menampilkan corak permainan berbeza di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan kini diambil alih oleh pemangku jurulatih Ramon Marcote.

Penjaga gol Helang Merah, Mohd Firdaus Muhamad pula berkata pengalamannya beraksi bersama Harimau Muda B akan dimanfaat sepenuhnya pada final nanti.

"Saya akui tertekan sebagai penjaga gol utama tetapi saya akan cuba hilangkan tekanan dan gementar dalam suasana stadium yang dibanjiri dengan penyokong serta memberi fokus sepanjang 90 minit dalam padang," katanya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Badrol Bakhtiar Idam Kejayaan Kedah Era 2007, 2008 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top