Latest News

Saturday 12 December 2015

Kedah Mampu Julang Piala Malaysia Musim Ini - Tan



Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yakin skuad Helang Merah mampu mengulangi kejayaan berganda musim ini dengan menjulang Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, esok.

Tan berkata selepas pasukannya itu menjuarai Liga Perdana musim ini, keyakinan pemain-pemainnya semakin baik dan matang terutamanya selepas berjaya melepasi saingan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.

Beliau berkata pasukan itu telah bekerja keras dan perlu mengekalkan momentum untuk merampas semula Piala Malaysia yang pernah dimenangi pada 2008.

"Tahniah kepada pasukan, saya sangat berbangga dengan semangat juang yang mereka tunjukkan sepanjang perlawanan Piala Malaysia ini.

"Saya sering berhubung dengan Ramon Marcote tentang prestasi pasukan. Apa yang saya lihat keyakinan pasukan lebih meningkat, tekanan pemain juga semakin berkurang tidak seperti ketika saingan Liga Perdana," katanya kepada Bernama.

Tan menyerahkan tugasnya sementara kepada Marcote kerana perlu mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan lesen A di China sejak Nov lalu.

Katanya beliau akan bersama-sama pasukan serta Marcote di perlawanan final esok.

"Sebagai ketua jurulatih, saya akan bersama pasukan, semua jurulatih dalam pasukan telah bersama-sama memantapkan pasukan sejak saingan Liga Perdana lagi. Sudah pasti semua kena bersama-sama pasukan esok.

Sebagai rekod Kedah pernah menundukkan Selangor dengan kemenangan dramatik untuk menjulang Piala Malaysia pada 2008.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Mampu Julang Piala Malaysia Musim Ini - Tan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top