Latest News

Tuesday 22 December 2015

Kota Kuala Muda, Muara Sungai Muda #DiscoverKedah2016



Kota ini terletak di muara Sungai Muda,Selatan Kedah. Tarikh pembinaannya dianggarkan sebelum kurun kelapan belas masihi. Pada masa lampau, Kota ini merupakan sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia. 

Barang-barang yang diperdagangkan seperti bijih timah dan rempah ratus telah menarik minat pedagang-pedagang dari negeri China,India,Portugal,Belanda dan England, dating ke sini. Ketiadaan pengankutan darat telah menambahkan lagi kemakmuran Kota ini. 

Kota ini mencapai kemajuan pada tahun 1786 dengan terbukanya pusat perdagangan di Pulau Pinang. Barang dagangan seperti bijih Timah dari Kedah, Perak dan sebaliknya terpaksa melalui Kuala Kedah terlebih dahulu. 

Cukai telah dikenakan terhadap kapal-kapal tersebut dan dengan itu, Kuala Muda dengan pusat perdagangannya di Kota tersebut menjadi sebuah pusat yang maju dan sentiasa sibuk.

Pada tahun 1804,perkembangan perdagangan di Kuala Muda yang berpusat di Kota ini telah menarik perhatian Sultan Kedah,Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah yang bersemayam di Alor Setar. 

Baginda kemudian telah memindahkan pusat persemayaman Ke Kuala Muda. Sebuah istana telah didirikan di Pulau Tiga yang berhampiran. Kehadiran baginda di Kuala Muda telah menambahkan lagi kemakmuran kota ini. 

Pada tahun 1875, Kota ini sekali menempa sejarahnya apabila Raja Ismail dari Perak bersembunyi di sini,setelah diburu oleh tentera Inggeris kerana pembunuhan J.W.W Birch. Baginda berada di sini selama enam bulan sehingga baginda menyerah diri kepada pihak Inggeris.



Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Kota ini terletak di muara Sungai Muda, Selatan Kedah. Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Cari papan tanda menuju ke Kuala Sungai Muda.

Sila Hubungi

Bujang Valley Archaeological Museum

Telefon: +04-457 2005
Faks: +04-457 4635
Layari Laman Web

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kota Kuala Muda, Muara Sungai Muda #DiscoverKedah2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top