Latest News

Thursday 18 February 2016

Akibat Laporan Kajian Menyokong Mukhriz, Pengarah Penerangan diTUKAR?



Pembaca masih ingat kajian terhadap krisis desakan pemimpin UMNO Kedah terhadap Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir supaya meletakan jawatan sebagai MB tempohari.

Kajian tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (Kedah) dibawah kendalian Dr Haniff Hassan sebagai Pengarah negeri. Untuk melihat keputusan kajian tersebut, boleh klik SINI.

Pagi tadi penulis dimaklumkan bahawa, Dr Haniff Hassan, Pengarah Penerangan Malaysia (Kedah), yang membuat laporan kajian yang sokongan rakyat Kedah memihak terhadap Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir telah ditukarkan ke Jabatan lain.

Esok beliau diminta untuk melapor diri di Putrajaya.

Apakah disebabkan laporan kajian yang telus dilakukan memihak kepada DS Mukhriz, Dr Haniff Hassan dihukum sedemikian rupa?

Beliau hanya melakukan tugas beliau dan memberi kajian yang telus, supaya pemerintah Kerajaan tidak tersilap langkah. Namun apa yang terjadi pada hari ini sangatlah menyedihkan.

Hari ini 18-02-2016 merupakan hari terakhir beliau di Jabatan Penerangan Malaysia (Kedah).
Semoga Allah SWT dapat melindungi Dr Haniff Hassan.

Pada yang belum melihat kajian tersebut, sekali lagi penulis siarkan diportal MMFC ini.

Laporan Kajian Respon Rakyat Kedah mengenai desakan supaya Perdana Menteri melakukan perubahan kepimpinan tertinggi Umno Negeri Kedah serta Menteri Besar Kedah oleh Jabatan Penerangan Malaysia 

























  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Ini semua salah madey karalaa laa

    ReplyDelete
  2. Madey Kerala, Najib Bugis. Pasni Zahid Jawa plak la.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Akibat Laporan Kajian Menyokong Mukhriz, Pengarah Penerangan diTUKAR? Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top