Latest News

Monday 29 February 2016

Gerakan Ketua Cawangan Malaysia Utus Surat Kepada Majlis Raja-Raja



Penulis dimaklumkan bahawa Gerakan Ketua Cawangan Malaysia, mengutuskan surat rasmi kepada Majlis Raja-Raja, tentang kebimbangan mereka akan keadaan ekonomi dan politik negara pada masa kini. Kenyataan mereka dikeluarkan melalui laman FB mereka di SINI

Kenyatan boleh baca dibawah,

GKCM mengutus surat rasmi kepada Majlis Raja Raja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

GKCM ingin memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kami telahpun mengutus sepucuk surat rasmi kepada Majlis Raja Raja Melayu untuk menyatakan kebimbangan rakyat terhadap perkembangan tidak sihat yang sedang berlaku di negara ini.

Rakyat hari ini hidup dalam kebimbangan dan ketakutan terhadap situasi ekonomi dan politik yang penuh dengan kekalutan.

GKCM amat prihatin terhadap kebajikan rakyat yang kini dihimpit pelbagai masalah. Justeru kami telah mengambil langkah untuk menyatakan 'sesuatu' kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu. Kandungannya padat.

Kami mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan isi kandungan surat tersebut kepada umum kerana ia merupakan isi hati rakyat kepada Raja Raja yang kami taat dan junjung.

Semoga surat ini akan dapat diterima baik oleh Duli Duli yang Maha Mulia Raja Raja Melayu berserta tindakan yang diharapkan oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Menjunjung kasih TUANKU.

‪#‎beranikeranabenar‬

Sekretariat GKCM
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Kamu ingat Sultanj dan Raja nak layan kamu semua yg tak reti bahasa tu....poo daaa...

    ReplyDelete
  2. Relax dedak....ini hantar surat ja xkan goyang kot?!!!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Gerakan Ketua Cawangan Malaysia Utus Surat Kepada Majlis Raja-Raja Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top