Latest News

Friday 4 March 2016

37 Tujuan Deklarasi Rakyat Untuk #UndurNajib dari Perdana Menteri Malaysia



DEKLARASI RAKYAT

1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami
terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.

2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan
kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.

3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10
negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia
Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks
Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.

4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is
King".

5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah
dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber
kewangan.

6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign
Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani
hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana
Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.

8.1 MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga
yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina
janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa
1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.

9.1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada
Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset
yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang
semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan
kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara
langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain
syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.

10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan
Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat
keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini
yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabuf
di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah
firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB
kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.

11.1 MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus
sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014,
tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar
Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini
merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment
Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam
akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut
bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen
tersebut.

12.1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium
Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi
kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah
digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang
lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak
ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit
1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar
kepunyaan IPIC.

13.1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah
RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada
mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah
dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia
memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset.
Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya
tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu
rakyat Malaysia. Tanya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang
kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat
diperakukan.

14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis
berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan
dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa dibawah
Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini
menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.

15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di
datam akaun peribadinya di Ambank.

16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai
sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari
seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13
kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia
kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.

17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa
rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang
tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.

18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahamah Tetapr dia
tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street
Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.

19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta
terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun
peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang
boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.

20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak datam akaun peribadi Najib, satu
pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat
institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

21. Belum pun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara d
singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara
terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawankuasa Kira-Kira
Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib
bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau
secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan,

22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan
Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di datam
laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.

23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.

24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SpRM. Kandungan
laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut

25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua
institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.

26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua
bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan
sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.

27, Timbalan perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam
Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal-
skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland,
Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.

28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media
asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing,
Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan
polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.

29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap
Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara
juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap
sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah
di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam,

30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion
(sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini
tiada bukti lain yang dikemukakan.

31. Rakyat juga semakin menderita.

32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan
kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing
menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar
pengangguran.

33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-
Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang
sesuai bagi negara kita.

34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara
terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan
bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan
ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan
bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan
keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa
dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.

35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan,
atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan
terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan
bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan
bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan
tidak lagi membawa apa-apa makna.

36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan
menyokong

a)penyingkiran Dato'Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi
saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b)Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c)Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak
asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi
terpilih dan
d)pemulihan integriti insltltusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negafa
dan PAC

37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik,
kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia
daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan
institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif,
legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta
integrity institusi-institusi nasional.

Tandatangan rakyat
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 37 Tujuan Deklarasi Rakyat Untuk #UndurNajib dari Perdana Menteri Malaysia Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top