Latest News

Sunday 27 March 2016

Desak @NajibRazak Undur Dari Perdana Menteri Demi Selamatkan Malaysia - @MukhrizMahathir


Ucapan Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, di Kongres Rakyat sebentar tadi, bercerita tentang tanaman padi dan tanah di Kedah, digunakan untuk tampung 30% simpanan beras negara. Tanaman padi diberi subsidi oleh Kerajaan, dalam masa yang sama sumber pendapatan petani juga dikenakan GST, malah angkanya cukup besar RM41 Juta.

Ia mengurangkan lagi sumber pendapatan petani. Jika tiada GST rasanya petani boleh mendapat pendapatan dengan lebih lagi. Sebab pendapatan petani dan pesawah ini tidak besar.

Dato Seri juga menyentuh mengenai isu 1MDB, 2.6B dan salahgunakuasa yang dilakukan oleh YAB PM.

Dipentas Deklarasi Rakyat, beliau yang memakai baju seragam 'UMNO Kedah' tetap mengakui masih sayang pada UMNO, namun beliau hanya mahu Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri.

Dato Seri menerangkan apa yang Tun Dr Mahathir akan lakukan bila dah ramai menandatangani borang Deklarasi.

Katanya, selepas tandatangan deklarasi itu dikumpulkan, mereka akan menyerahkannya kepada majlis raja-raja.

Secara berseloroh beliau berkata bapanya mahu tandatangan itu dikumpulkan dan diletakkan di atas sebuah lori yang dipandu bapanya sendiri. Bagaimanapun katanya beliau tidak pasti sama ada lesen bapanya yang berusia 90 tahun itu masih sah.
Ini tekad beliau,

"Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita akan desak Najib turun dari perdana menteri", semata-mata untuk selamatkan Malaysia.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Desak @NajibRazak Undur Dari Perdana Menteri Demi Selamatkan Malaysia - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top