Latest News

Thursday 31 March 2016

Lagi Ketua Cawangan digantung kerana sokong @MukhrizMahathir



Ketua Cawangan Umno Jalan Badlishah, Anuar Abdul Hamid mempertikaikan tindakan Umno Bahagian Merbok yang menggantungnya daripada tugas tanpa memberikan sebarang alasan yang kukuh.

Menurut Anuar, dia berasa terkejut memandangkan tidak melakukan sebarang kesalahan malah isi kandungan surat itu juga tidak menyatakan sebab-sebab munasabah berkaitan penggantungannya sebagai ketua cawangan.

“Saya terima surat itu semalam (Selasa) dan antara faktor penggantungan ini dipercayai ekoran daripada tindakan saya menganjurkan program untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukriz Mahathir di Sungai Petani dan Yan pada 25 dan 26 Mac lalu.


“Mesyuarat cawangan akan bermula tidak lama lagi dan disebabkan itu mereka mula takut dan mengambil tindakan penggantungan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, Anuar memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar memandangkan di dalam perlembagaan Umno, pihak bahagian tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menggantung ahli dan kuasa tersebut tertakluk kepada Majlis Tertinggi sahaja.


Oleh itu kata Anuar, pihaknya akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat berhubung perkara tersebut.

“ Saya rasa mereka (Umno Bahagian) mula risau sebab saya memang bercadang untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat cawangan. Kita ada hak untuk bawa apa-apa usul kecuali kepada Raja-Raja,”katanya.

Menerusi surat berkenaan, Anuar memaklumkan bahawa buat masa ini cawangan terlibat akan diambil alih oleh Umno Bahagian dan tindakan tersebut dilihat sebagai melanggar perlembagaan Umno.

Tambah Anuar, dia juga tidak diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu berhubung penggantungan itu oleh pihak terbabit dan tindakan berkenaan dianggap seolah-olah seperti tidak adil.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Lagi Ketua Cawangan digantung kerana sokong @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top