Latest News

Tuesday 8 March 2016

Tangani Masalah Dalaman UMNO Dengan 'Kasih Sayang' - Shahidan


Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno tidak akan menyelesaikan masalah parti.‎

Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung bekas timbalan perdana menteri dan menteri besar Kedah kerana memihak kepada Tun Dr Mahathir Mahathir perlu ditangani dengan kebijaksanaan.

"Saya tidak fikir sebarang masalah boleh diselesaikan apabila kita memulaukan orang.

"Jika rakyat mula menilai kita mengenai perkara ini, kita akan berhadapan masalah itu pula.
"Oleh itu, pendekatan sepatutnya adalah kasih sayang, menghukum bukan caranya untuk menyelesaikan masalah," katanya.

Selepas keluar daripada Umno pada 29 Februari lepas, Dr Mahathir mengetuai usaha menyingkirkan Najib bersama pemimpin seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Deklarasi itu juga disokong Mukhriz, Muhyiddin, dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal.

Muhyiddin digantung bulan lepas daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Mukhriz, berdepan dengan pemberontakan dalaman Umno Kedah, meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada 3 Februari lalu selepas hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). – 7 Mac 2016.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tangani Masalah Dalaman UMNO Dengan 'Kasih Sayang' - Shahidan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top