Latest News

Wednesday 6 April 2016

Cerita Disebalik Kejadian Rafizi ditangkap!


Dalam satu kenyataan malam ini, PKR mengecam sekeras-kerasnya penangkapan ‘ala Gestapo’ Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Petang tadi, FMT melaporkan Rafizi diberkas sebaik keluar daripada kawasan Parlimen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Rafizi ditahan dibawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.

Menyifatkan penangkapan itu bermotif politik, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan Rafizi – yang terkenal dengan pendedahan pelbagai dakwaan salahlaku dan penyelewengan – sepatutnya dirai, bukannya ditangkap.

“Rafizi Ramli telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.

“KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.

Parti itu percaya tangkapan Rafizi itu mengenai dokumen yang didedahkan di dalam sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) keatas 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen Khamis ini.

Saksi kejadian, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin berkata beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Setiausaha Agung PKR itu.

Rafizi Ramli diarah keluar dari kereta dan kemudiannya diiring masuk ke kereta polis berhampiran.

Merasionalkan tindakan wakil rakyat partinya, Wan Azizah berkata pemerintah sebenarnya tidak perlu memberkas Rafizi sebegitu rupa kerana dokumen rahsia itu akan dibentangkan juga di Parlimen nanti.

“Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan.”

Terdahulu, Rafizi Ramli yang juga Setiausaha Agung PKR berkata beliau sanggup ke penjara untuk mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, yang didakwanyamengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera.

Semalam, LTAT dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang dilemparnya ke badan berkanun kerajaan itu.

Sumber
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. apa masalah nye sekarang? document rahsia sekarang mmg boleh sape2 ambik ke?
    sebab MM benci Najib ke?

    ReplyDelete
  2. Jijah dan rakan seperjuangan kena tunggu le....kalau kau memerintah nanti memang kau buat yang sama kalau tak lebih teruk dari tu. It's better to support the devil that you know rather than another putar alam, termasuk mahafiraun tu....

    ReplyDelete

Item Reviewed: Cerita Disebalik Kejadian Rafizi ditangkap! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top