Latest News

Tuesday 5 April 2016

Liga Super Kedah bertemu Selangor Tanpa Dua Tonggak Utama



PENGENDALI Kedah, Tan Cheng Hoe hanya mengharapkan keputusan seri ketika menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Selayang malam ini.

Menurutnya, Selangor pasukan kuat dan kejayaan memungut satu mata di tempat lawan sudah cukup memadai buat Lang Merah.

“Kami memang mengharapkan kemenangan tetapi sedar bermain di tempat lawan dan menentang Selangor adalah bukan mudah.

“Kami tetap akan berikan aksi terbaik dan akan cuba mencari gol dalam perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, Cheng Hoe mengesahkan dua tonggak utamanya Baddrol Bakhtiar dan Arrif Farhan Md Isa masih belum boleh diturunkan akibat kecederaan.

“Begitu juga dengan Sandro Da Silva yang kemungkinan terpaksa diketepikan.

“Memang diakui ketiadaan Baddrol dan Ariff dalam perlawanan Piala FA lalu memang dirasai kerana prestasi keseluruhan dan penguasaan bola agak terjejas. Saya mengharapkan pemain simpanan yang akan diturunkan dapat mengalas tanggungjawab tersebut sebaik mungkin,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Liga Super Kedah bertemu Selangor Tanpa Dua Tonggak Utama Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top