Latest News

Thursday, 14 April 2016

Orang UMNO Tak Faham Isu Sebenarnya - Tan Sri Muhyiddin


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana masih ramai lagi ahli Umno yang tidak faham dengan tujuan utama desakan supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Menurut Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh, di kawasannya sahaja sudah berkali-kali beliau diminta untuk memberikan taklimat berhubung kontroversi yang membelit perdana menteri khususnya 1MDB dan wang derma RM 2.6 bilion.

"Saya dah beberapa kali bercerita, mereka kata tak faham-faham. Di kawasan saya di Pagoh pun mereka minta beri taklimat. Berapa kali saya nak beri taklimat? Ahli Umno tak faham-faham.

"(Isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion) ini ada kaitan dengan desakan bahawa kita nak perdana menteri letak jawatan sekarang," kata Muhyiddin.

Timbalan presiden Umno yang digantung itu berkata demikian ketika berucap dalam program 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi.

Tegas Muhyiddin lagi, beliau dan kepimpinan akar umbi tidak akan membuat desakan agar presiden Umno itu meletakan jawatan sebagai perdana menteri jika tiada isu yang serius melibatkan dirinya.

"Ini bukan perkara mainan sebab apabila kita desak, mesti sebab yang serius. saya nak tanya isu 1MDB serius atau tidak? soal Muhyiddin kepada hadirin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kegagalan pengurusan 1MDB menyediakan laporan yang lengkap antara punca Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak dapat membuat rumusan mendalam

"PAC mengatakan perdana menteri terkecuali dan tidak terlibat kerana 1MDB tak beri laporan lengkap kepada PAC untuk membolehkan PAC buat satu rumusan mendalam, sedangkan PAC sudah sediakan laporan dan menyatakan kepincangan tertentu.

"PAC juga tidak dapat mengesahkan kedudukan wang ini. Maknanya laporan PAC pun tidak lengkap. Saya bukan hendak menidakkan bidang kuasa PAC, tetapi laporan itu mengakui ia tidak lengkap," ujar Muhyiddin.

Muhyiddin juga turut menepis dakwaan bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai nyanyuk ketika berterusan menyerang pentadbiran Najib.

"Bila Tun M kata dah hilang (wang 1MDB) Tun M balik kena marah, dikutuk orang tua nyanyuk. (Tapi Tun M) tak nyanyuk sebaliknya beliau nampak hebat. Mana-mana pergi beliau cakap soal kepentingan negara," jelas Muhyiddin.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Yang nyanyuk AhJibNgok dan semua pemakan dedaknya!!!!

    ReplyDelete

Item Reviewed: Orang UMNO Tak Faham Isu Sebenarnya - Tan Sri Muhyiddin Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top