Latest News

Saturday 2 April 2016

Pembangkang Mahu Polis Siasat @NajibRazak @PDRMsia


KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mahu polis segera menyiasat laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengesahkan wang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mendakwa, ada tiga bayaran ke dalam akaun Perdana Menteri yang didedahkan mencapai kira-kira RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion yang diakui.

"Kami mohon polis siasat perbezaan yang besar jumlah ini dan siapa yang memasukkan ke dalam akaun tersebut.

"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barang perhiasan, pakaian dan membiayai percutian. Persoalannya, adakah ini benar.

"Ketiga, ada sebuah syarikat tempatan didakwa terima RM50 juta dalam empat tahun antara 2011 hingga 2014. Adakah ia juga benar," katanya ketika membacakan laporan dibuat Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata, pihaknya kini ingin mengetuai dimanakah wang RM4.2 bilion itu sekarang.

"Sekali lagi kita minta polis siasat perkara ini dengan kadar segera," katanya. - SH
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pembangkang Mahu Polis Siasat @NajibRazak @PDRMsia Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top