- Dato' Seri tidak tahu apa sebabnya Sidang DUN kali ini hanya dibuat sehari dan tidak pasti kalau ada Rang Undang-Undang yang nak dibahaskan untuk dipindaan dalam masa sehari.
- Sewaktu zaman Dato' Seri sebagai Menteri Besar Kedah, sememangnya beliau akan atur bersama Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri untuk ada dua pindaan Rang Undang-Undang yang baru. Malahan Dato' Seri akan meminta 'kalau boleh' tambahan lagi dua pindaan Rang Undang-Undang untuk menjadi empat agar lebih lama Sidang Dewan dapat bersidang.
- Dato' Seri lebih suka sekiranya Sidang Dewan diadakan banyak hari supaya lebih banyak persoalan yang diajukan dapat dijawab.
0 comments:
Post a Comment