Latest News

Sunday 3 April 2016

YDP Agong mahu institusi kesultanan Kedah dipertahankan



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah supaya setiap Ahli Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah menjaga dan mempertahankan institusi kesultanan negeri itu.

Baginda bertitah, institusi Kesultanan Kedah yang telah wujud sejak tahun 1136 adalah warisan bangsa turun-temurun yang harus dibangga dan dipertahankan setiap rakyat Kedah.

"Kebelakangan ini berlaku pula tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengaku diri sebagai Sultan dan menganugerahkan bintang kebesaran palsu.

Perkara karut seperti ini hendaklah dihentikan dengan segera kerana sekiranya dibiarkan akan mencemarkan institusi kesultanan yang sah dan berdaulat di negara Malaysia yang tercinta ini," titah baginda pada Majlis Jamuan Jemaah Dato-Dato Negeri Kedah di Istana Negara malam ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: YDP Agong mahu institusi kesultanan Kedah dipertahankan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top