Latest News

Saturday 20 August 2016

Sidang Dun, kemana arah negeri Kedah kini?


Sidang Dun, selalunya digunakan untuk berbincang hala tuju negeri. Walaupun diselitkan dengan beberapa isu politik, namun fokus demi kemajuan negeri tak pernah terlepas.

Sebagai orang Kedah aku mengharapkan MB baru akan menceritakan halatuju negeri Kedah dalam penggulungan beliau petang semalam. Sebabnya, beliau penganti kepada Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir. Sudah tentu, beliau mempunyai perancangan yang lebih baik dan akan membawa negeri Kedah ke arah negeri maju.


Tetapi aku hampa kerana, Dato Seri Ahmad Bashah langsung tidak menyentuh halatuju negeri kesayangan aku ini. Beliau hanya menghabiskan lebih 20 minit mengulas tentang pertukaran MB yang kita semua sudah lama maklum hal tersebut.

Bashah asyik melayan isu politik, menyentuh isu hal timbalan MB dan hal kesihatan beliau. Sebagai orang lama dalam politik. Sepatutnya beliau boleh menepis isu politik dengan dua tiga ayat saja. Tumpukan pada ekonomi, kebajikan, halatuju, perancangan dan harapan utk rakyat.

Itu yang kami nak dengar, walaupun exco-exco sudah menceritakannya sedikit, tapi suara MB lebih POWER, sebagai nakhoda sebuah negeri, ianya perlu kerana rakyat Kedah dahagakan pembangunan, bukan dengan politik yang bukan-bukan.

Bertambah kecewa apabila Ahmad Bashah tidak peka dalam isu MP Langkawi yg menuduh MO1 itu ialah KDYMM YDP Agong. Sedangkan kita umum tahu? YDP Agong tidak terlibat langsung dalam syarikat 1MDB dan tidak juga mempunyai pertalian keluarga dengan Reza, anak Rosmah.

Bila dibangkitkan isu, Dusable Tanah Kuala Ketil 260 ekar yang menjadi kontroversi kerana hendak dijual kepada negara China. MB Kedah ternyata tidak berani bercakap bagi pihak kerajaan, kerana sewaktu menjawab soalan, beliau mengunakan ayat 'pendirian saya dan bukan kerajaan'.

Mana boleh seorang MB mengunakan pendirian peribadi sewaktu Sidang Dun?

Bashah mengunakan 'floor' penggulungan semalam sebagai pentas politik untuk menghentam kembali segala isu politik yg berbangkit tapi tak menerangkan langsung bab ekonomi atau kemana arah negeri Kedah kini.

Jika dulu MB lama selalu merancang dan menceritakan halatuju negeri walaupun mengalami kesempitan ekonomi. MB kali ni lebih parah, kerana tidak mempunyai perancangan langsung. Kedah bagai kapal yg hanyut tanpa tujuan.

Sebagai Sidang Dun yang pertama, aku masih kelam dengan apa yang Kerajaan Kedah nak buat tahun ni.

Sama-sama kita berdoa rakyat Kedah, supaya segalanya baik-baik saja.

- Mat Kahaq Bin Mat Gheqey -
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Sidang Dun, kemana arah negeri Kedah kini? Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top