Latest News

Sunday 11 December 2016

Sajak Untuk Anak Muda Dari Tun Mahathir



Sajak ini ditujukan khusus untuk Anak Muda Negara,bacalah dan hayati isi hati seorang Negarawan yang amat sayang pada Bangsa serta Negaranya.Sajak ini dibaca oleh YABhg Ayahnda Tun semasa akhir Program Bicara Rakyat pada 10 Disember 2016 di Sg Lalang,Sg Petani Kedah.

Pada Yang Muda Kusematkan Harap
Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan oleh pemimpin di puncak kuasa

Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang
Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat

Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok
Semuanya untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua tanpa mengira harga yang perlu dibayar oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam

Dengan tangan kotor dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita

Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Sajak Untuk Anak Muda Dari Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top