Latest News

Thursday 15 December 2016

Tunku Sallehuddin dimasyhur sebagai Raja Muda Kedah


ALOR SETAR - Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Istiadat pemasyhuran pelantikan serta menjunjung duli itu diadakan sempena keberangkatan pulang Sultan Kedah setelah tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Isnin lalu.

Tunku Sallehuddin menggantikan Raja Muda Kedah sebelum ini, Tunku Abdul Malik Almarhum Sultan Badlishah, 86, yang mangkat pada 29 November tahun lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat kegeringan.


Pengisytiharan pemasyhuran dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah dan Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun.



Tunku Sallehuddin, 74, yang juga adinda Sultan Kedah, melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas malah akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Kedah. – Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tunku Sallehuddin dimasyhur sebagai Raja Muda Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top