Latest News

Monday 23 January 2017

Umno tiada idea serang PPBM



GEORGETOWN - Umno dan BN dilihat tidak mempunyai idea lain bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila sering menyerang isu peribadi Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, selain isu peribadi, Umno juga sering menimbulkan isu perkauman dengan menuduh Bersatu berpakat bersama DAP untuk mengangkat pemimpin kaum Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah berjaya menubuhkan kerajaan baharu kelak.

Mukhriz berkata, Umno dan BN sering mengalih tumpuan rakyat perjuangan sebenar Bersatu kononnya ia bersifat peribadi dengan menabur fitnah yang tidak masuk akal.

"Mereka menuduh kononnya Bersatu ditubuhkan untuk kepentingan peribadi bapa saya (Tun Mahathir). Itu sahaja isu dari dahulu mereka jaja bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kita. Saya nak beritahu, Tun Mahathir dari dahulu lagi melarang saya dan adik beradik lain terjebak dalam dunia politik.

"Beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Jika benar beliau mahu saya menjadi Perdana Menteri, dari dulu lagi beliau buat dah. Tetapi, kenapa setelah 14 tahun pencen, baru beliau bersungguh-sungguh mahu saya jadi Perdana Menteri? Masuk akalkah tuduhan mereka (BN dan Umno)?" katanya ketika berucap di Program Bicara Ke Arah Menuju Perubahan di Gelugor, disini malam semalam.

Turut hadir, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Adun Seri Delima, RSN Rayer, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, Naib Presiden Bersatu, Datuk Hamidah Osman dan Pengerusi Penyelaras Keahlian Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Mukhriz berkata, rakyat diminta agar tidak percaya dan terpedaya dengan isu yang sering dijaja Umno.

"Saya harap rakyat dapat menilai Bersatu dengan baik. Jangan percaya dengan tuduhan dibuat Umno dan BN menerusi media kawalan mereka. Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekali gus menyelamatkan negara. Pentingnya sebuah kerajaan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan BN dan Umno ini.

"Jika kita berkuasa kelak, kita akan memastikan amalan demokrasi yang menghormati undang-undang sedia ada dilaksanakan. Kita juga akan memastikan pilihan raya dijalankan dengan bebas tanpa ada unsur penyelewengan," katanya.

Sumber sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Ya Allah...Engkau laknatilah kepada golongan yang mengkhianati agamaMu dan Engkau timpa kecelakaan kepada golongan penfitnah terhadap umat kekasihMu Muhammad SAW. Aamiin..

    ReplyDelete

Item Reviewed: Umno tiada idea serang PPBM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top