Latest News

Wednesday 1 February 2017

Jelajah BERSATU, ANAK 'serang' kubu Najib!


Siri 'Jelajah Semarak Kasih Felda' untuk menjelaskan kepada peneroka tentang isu-isu yang membabitkan agensi tersebut akan diteruskan di Felda Jengka 8, dekat Jerantut, Pahang, Jumaat ini.

Siri jelajah itu adalah anjuran bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

Ia bertujuan untuk menjelaskan kepada peneroka Felda tentang isu-isu, antaranya, seperti pembelian 37 peratus ekuiti dalam PT Eagle High Plantation Tbk Indonesia dikatakan pada harga yang tinggi dan kerugian Felda Global Venture.

Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal meneruskan jelajah itu di Jempol pada 26 Februari dan di Tenggara, Johor pada 1 Mac.

Felda sejak sekian lama telah menjadi bank undi untuk BN tetapi kontroversi baru-baru ini yang menyelubungi agensi tersebut telah menimbulkan keraguan yang peneroka akan terus menyokong Umno.

Exco kerajaan negeri Pahang Shahaniza Shamsuddin telah mengingatkan Umno semasa perhimpunan agung tahun lepas tentang risiko parti itu kehilangan undi Felda jika kerajaan tidak menangani masalah peneroka. -  mkini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Jelajah BERSATU, ANAK 'serang' kubu Najib! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top