Latest News

Thursday, 15 June 2017

Tan Sri Sanusi dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin PPBM



Tan Sri Sanusi Junid diumumkan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan adanya Lembaga Disiplin ini akan memudahkan perjalanan parti secara berperaturan
sekiranya membabitkan disiplin ahli parti.

"Tan Sri Sanusi telah bersetuju dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin.

"Tujuan untuk menentukan supaya perjalanan parti ini dapat dilaksanakan secara berperaturan.

Jika ada kes tertentu membabitkan disiplin parti badan bebas ini akan menyiasat dan menentukan tindakan boleh diambil terhadap ahli parti yang melanggar disiplin," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

Turut hadir dalam sidang media Setiausaha Agung Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh.

Antara yang digariskan ialah peraturan dan mengubal tata etika ahli parti mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai ahli.

" Setelah melantik pengerusi, kita akan adakan peraturan lembaga disiplin untuk latikan ahli lembaga, tempoh pegang jawatan, bidang tugas dan hal pentadbiran, pengerusi panel rayuan akan dilantik untuk mendengar mana-mana pihak yang mahu merayu, juga tindakan disiplin perlu diambil sesuai dengan hukuman.

"Sama ada mereka akan dibebaskan, diberi amaran digantung keahlian atau dipecat dari parti.

"Ini penting supaya tindakan disiplin itu adil dan tidak berat sebelah tidak dibuat sesuka hati.

"Perkara ini ambil sedikit masa (untuk mengubalnya) dan kita akan usahakan selepas jawatankuasa disiplin dilantik," terangnya.

Mengenai persiapan pilihan raya Muhyiddin turut memberitahu parti itu sedang menyelesaikan pelantikan ketua perhubungan membabitkani dua buah negeri yang masih belum dilantk iaitu di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan yang akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tan Sri Sanusi dilantik Pengerusi Lembaga Disiplin PPBM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top