Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa insiden kebakaran melibatkan pusat tahfiz di Kedah hampir tiga dekad lalu berulang.
"Saya sedih perkara seperti ini berlaku sekali lagi," katanya.
Menurutnya, pembinaan bangunan sepatutnya mengikut peraturan dan garis panduan ditetapkan.
"Apabila berlaku sebarang kejadian, mangsa dapat menyelamatkan diri dengan baik.
"Dalam kejadian ini, saya difahamkan ada dua sahaja pintu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini
Beliau berkata, keselamatan haruslah menjadi keutamaan.
"Saya harap selepas ini semua sekolah mengkaji semula tahap keselamatan sekiranya berlaku kebakaran," katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Tun Mahathir yang juga bekas perdana menteri, meluangkan masa 45 minit bersama keluarga mangsa terlibat di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.
Pada 22 September 1989, seramai 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Yan, Kedah, terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar.
Laporan Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment